By pkgkt

PKG KEDAI TANJONG

SEK KEB PANGKAL KALA BUNUT SUSU

17020 PASIR MAS

KELANTAN

Email : pkg_kedai_tanjung@moe.edu.my

Telefon/Faxs : 09-797 6794


PENGENALAN

PUSAT KEGIATAN GURU KEDAI TANJONG dirasmikan oleh YB. DATUK AMAR DR. SULAIMAN BIN HJ. DAUD.

( D.A., S.I.MP., P.N.B.S., J.B.S ) Selaku MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Pada 23 Januari 1992 bersamaan 18 REJAB 1412

MUTIARA KATA

ALLAH BERFIRMAN :

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. (269)


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

& Salam 1 Malaysia.


Selamat Datang ke Portal Rasmi Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong 2010. Kami kakitangan Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong & Warga BTPN Kelantan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan & Jutaan terima kasih di atas kesudian anda para pengunjung melawati blog ini. Blog ini masih di dalam penyelenggaraan & penyusunan bahan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali dari pihak kami.

Sebarang komen serta pandangan dari anda semua, amatlah dialu-alukan dalam menjayakan lagi Portal Rasmi PKG Kedai Tanjong ini.

Sekian, terima kasih.


” TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI “

LATAR BELAKANG PKG

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah.

Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai ajen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen).

Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru(PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah ‘Daerah’, memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai.Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bertitik tolak tahun 1991 hingga 11 April 2009 PKG beroperasi di bangunan tambahan PSS ( peruntukan Bank Dunia) Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong. Bermula 12 April 2009 hingga kini premis PKG Kedai Tanjong telah beroperasi di Sekolah Kebangsaan Pangkal Kala Bunut Susu. Rasional berpindah adalah disebabkan kawasan tersebut seringkali berlaku banjir bermula dari 2004 sehingga akhir tahun 2008.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawapkan kepada kami untuk:
1 menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2 menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
3 memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
4 membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
5 memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
6 memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.

MATLAMAT

– Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolah

– Sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru – guru berdasarkan kepada penghayatan Falsafah Pendidikan Negara.

– PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran Wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan.

OBJEKTIF

1) Meningkatkan pengetahuan & kemahiran guru-guru dalam teknopen

2)Mengumpul & menyebarkan maklumat professional pendidikan khususnya dalam teknopen sekolah-sekolah

3) Meningkatkan keberkesanan pengurusan & Penggunaan Pusat SekolaH (PSS )

4)Membantu dalam penghasilan bahan pusat sumber pengajaran & pembelajaran untuk sekolah

5)Meningkatkan pengetahuan & kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat ( ICT )

6)Menyediakan kemudahan bagi aktiviti pendidikan untuk guru & masyarakat

FUNGSI PKG

-Unit khidmat bantu pengisian Teknologi Pendidikan & Media

-Menjadi Pusat rujukan penggunaan Teknologi Pendidikan Media

-Membantu & meningkat pengetahuan & guru-guru dalam teknopen

-Sebagai pusat penghasilan bahan-bahan sumber pengajaran & pembelajaran yang dibina secara kreatif & inovatif

-Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan terkini kepada guru-guru & masyarakat setempat

-Memupuk budaya permuafakatan di kalangan guru-guru setempat melalui semangat bersukan


VISI DAN MISI

VISI

-Mempertingkatkan kemahiran guru-guru dalam teknologi pendidikan dan ICT menjelang tahun 2014

MISI

-Peningkatan pembudayaan ICT sekolah di sekolah kelompok PKG Kedai Tanjong dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

SASARAN KERJA TAHUNAN PKG

1. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS dan program gerakan membaca di sekolah.

2. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu Pelaksanaan Program ICT di sekolah.

3. Memberi perkhidmatan meja bantuan aras 1 kepada sekolah.

4. Memgumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan.

5. Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media.

6. Melaksanakan, menyebar, mempromosi dan mengalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah.

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:-

Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.v

v Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.

v Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.

v Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.

v Menyebarkan maklumat Pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan dan,

v Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


0 Responses to “Profile”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




HarGai MaSA

Calendar Islam

iINFO SEMASA PKG

9 DISEMBER 2009 & 30 DISEMBER 2009
Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan SMK Kankong.

2 FEBRUARI 2010
Taklimat PJK oleh PPD kepada guru-guru Sek Men & Rendah.

7 FEBRUARI 2010
Mesyuarat Pengurusan Program untuk guru perpustakaan dan Media sekolah (GPMS) tahun 2010.

8 FEBRUARI 2010
Mesyuarat Pengurusan Program untuk guru GPB/ICT sekolah tahun 2010.

28 FEBRUARI 2010
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG 2010
bersama Guru Besar & Pengetua Sekolah kelompok

26 MEI 2010
Pengendalian Peralatan Pusat Kampus Astro

27 MEI 2010
Bengkel Pengurusan Makmal Komputer Di Era ICT

08 OGOS 2010
Taklimat Bengkel SSQS 2010

14 & 15 SEPTEMBER 2010
Taklimat Bengkel Fotografi 2010

04 OKTOBER 2010
Taklimat Bengkel I-Nilam 2010

Pengunjung

Archives Blog

Muat Turun Bahan

Jom Chat

Comments


%d bloggers like this: