By pkgkt

Pengurusan Kurikulum Pusat Kegiatan Guru

1.Menurut Tyler mengatakan , kurikulum ialah segala pembelajaran yang  dirancang dan diarah oleh sekolah bagi mencapai  matlamat pendidikan. Ia meliputi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pencapaian murid-murid.

2. Menurut  Prof. Dr. Saedah Siraj  (2008)  kurikulum adalah satu bentuk ataupun perancangan sesebuah institusi atau negara dan kurikulum itu sendiri mempunyai pengertian yang luas yang mencakupi seluruh program yang dirancang.

3. Hass (1987)  mengatakan kurikulum adalah  seluruh pengalaman yang diperolehi oleh setiap individu pelajar  dalam sesuatu program pendidikan-bertujuan untuk mencapai sasaran-sasaran  yang lebih luas serta objektif-objektif tertentu berkaitan yang telah dirancang  dalam bentuk suatu teori rangka kerja serta kajian ataupun amalan professional pada masa lepas dan masa kini.

Dengan itu dapat dikatakan, kurikulum merangkumi aktiviti  akademik seperti mata pelajaran dan kursus serta kegiatan luar bilik darjah seperti kelab, unit beruniform, sukan dan permainan bagi membantu murid-murid mencapai perrkembangan dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani.

4 Sehubungan dengan itu bagi menjamin dan memantapkan lagi pengurusan kurikulum di peringkat Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong  khasnya dalam memertabatkan lagi pencapaian sekolah-sekolah khususnya  dalam bidang akademik berkonsepkan pembudayaan teknologi dan ICT beberapa perancangan dan program  telah dirancang dan disusun untuk selama jangka masa setahun.Di antaranya:

4.1  Pembentukan Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum peringkat PKG

4.2  Kekerapan mengadakan mesyuarat dan perjumpaan,permuafakatan.

4.3  Mengadakan bengkel dan kursus berasaskan era ict, dan teknologi

4.4 Mengadakan khidmat bantu ict,pengurusan PSS, dan pemantauan.

4.5 Mengedar dan mempromosi bahan-bahan terbaru dari BTP,BTPN,PKG

JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM PKG 2010

Pengerusi

Tn.Hj.Kamaruzaman b. Abd.Hamid

(Guru Besar SK Pangkal Kala

N/Pengerusi

En. Alias bin Yunus

(Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG)

Setiausaha

En. Mohd Ismadi bin Ismail

(Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG)

Ahli-ahli

(Semua Pengetua SMK kelompok PKG)      (Semua Guru Besar SR kelompok PKG

( 8 buah Sek. Menengah   )                                   (14  buah Sek. Rendah)

Siti Mariani bt Mohd Zain Ft 17 PKG                Abd. Manaf b. Sulaiman N 17 PKG

Bagi menjamin keberkesanan perancangan dan pengurusan kurikulum (aktiviti) di peringkat PKG suatu mesyuarat telah diadakan pada 28/02/10. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh kesemua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah kelompok PKG Kedai Tanjong.Mana-mana sekolah yang  tidak dihadiri  pengetua atau guru besar, mereka telah menghantar wakil masing-masing bagi mengikuti mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh yang berusaha Tn. Hj. Kamaruzaman bin Abd.Hamid Guru Besar  Sek. Keb. Pangkal  Kala merangkap Pengerusi PKG.

Antara isu yang  diberi keutamaan dalam mesyuarat tersebut  ialah  penggunaan ICT makmal komputer, penggunan Pusat Akses Sekolah, penggunaan Pusat Sumber Sekolah,(i-PSS), SSQS,Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah,Khidmat bantu PSS dan pemantauan.Semua  ahli mesyuarat bersetuju   agar perkara tersebut  diberi perjelasan dan penerangan kepada semua guru di sekolah masing-masing.

Langkah-langkah mempertingkatkan kemahiran guru dalam teknologi dan ict

  1. Kenalpasti guru yang belum /buta ict
  2. Mengadakan bengkel secara berpusat di PKG
  3. Mengadakan khidmat bantu ict/teknologi
  4. Mengenal pasti guru yang pakar teknologi  / ict dilantik sebagai guru pembimbing
  5. Menggalakan guru –guru  berhubung dan berjumpa sesama mereka dalam membincangkan berkaitan dengan ict / teknologi pengajaran di PKG.
  6. Menggalakan setiap guru ict menyediakan buku pengurusan   berkaitan dengan makmal komputer atau ict
  7. Pengetua dan guru besar perlulah perihatin dan peka terhadap pengetahuan dan kepakaran setiap warga sekolah khusunya guru-guru berkaitan dengan dunia ict di bidang pengajaran dan pembelajaran mereka.

8   Mengadakan bengkel atau khidmat bantu ICT di sekolah kelompok (lihatcontoh   kertas cadangan.    (lihat lampiran)

1. NAMA  PROJEK: KHIDMAT BANTU KEPAKARAN ICT

SEKOLAH -SEKOLAH KELOMPOK PKG 2010

2. ANJURAN

2.1            Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong

3.TARIKH:

2,3,4,5  DAN 6 MEI 2010

4. MASA:

8.00 PAGI HINGGA 4.30 PTG

5. TEMPAT:

PKG KEDAI TANJONG (FASA 1)

6.   LATAR BELAKANG DAN RASIONAL

6.1    Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong bertanggungjawab

memastikan penggunaan ICT  Sekolah-sekolah dapat

menyokong pengajaran dan pembelajaran,perlu dipertingkatkan

dari semasa ke semasa

6.2   Dalam membuat perancangan pembangunan ICT,

Pusat Kegiatan Guru perlu mendapatkan maklumat dan maklum balas

dari sekolah-sekolah berkenaan. Maklumat dan maklum balas dari

sekolah-sekolah akan dapat membantu perancangan yang dibuat oleh

PKG supaya  dapat dilaksanakan secara lebih afektif.

6.3   Oleh yang demikian, Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong  perlu

mengadakan program / projek khas untuk mendapatkan maklumat

dan  maklum balas secara langsung dan menyeluruh dalam semua

aspek pelaksanaan ICT. Salah satu projek khas

yang dijalankan ialah Projek Khidmat Bantu Kepakaran ICT

sekolah.

.

7.   OBJEKTIF

Pusat Kegiatan Guru Kedai Tanjong , bercadang mengadakan Projek ini dengan harapan objektif-objektif berikut tercapai:

7.1 Dapat meningkatkan pengurusan 70% daripada 22 buah sekolah terlibat

ke tahap cemerlang ICT  secara keseluruhan

khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan)

serta sistem pentadbiran.

7.2 Dapat  meningkatkan 70% penggunaan ICT di

kalangan guru dan pelajar sejajar dengan keperluan Pendidikan

dan aplikasi ICT masa kini.

7.3    Dapat meningkatkan 70% kadar celik ICT  di kalangan pelajar sekolah

selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju pembestarian sekolah

8  STRATEGI

8.1 Sejumlah 8 orang pegawai  PKG dan staf Sektor Perkhidmatan  ICT

BTPN  Negeri  terlibat . Sekolah-sekolah dalam kelompok PKG

.

8.2 Projek Khidmat Bantu dan Kepakaran akan dijalankan mengikut  dua fasa.

Fasa  1 akan  berlangsung selama dua hari Aktiviti-aktiviti yang

dirancangkan termasuk:-

i)             Taklimat Penggunaan ICT Penyelarasan Fail  dan bengkel

ii)            Perlaksanaan ICT

8.3          Fasa 11  Khidmat  Bantu ke sekolah selama tiga hari

(lihat lampiran jadual)

9.OUTPUT/HASILAN:

  1. Setiap peserta akan didedahkan dengan kemahiran pengurusan

ICT yang lebih cekap.

  1. Setiap peserta dapat menghasilkan rekod l pengurusan  yang mantap
    1. Diharapkan setiap peserta akan dapat menjadi katalis

kecemerlangan Pengurusan ICT  di sekolah

  1. Setiap peserta akan diberikan satu CD dokumentasi  sepanjang

bengkel dijalankan.

10. SEKOLAH TERLIBAT

Sebanyak 22 buah sekolah terlibat

11. SASARAN:

22 orang guru penyelaras ICT  sekolah-sekolah kelompok PKG

12. SUMBER KEPAKARAN :

Alias Yunus   PTP PKG

Mohd ismadi ismail PTP PKG

En. Ab. Rashid Daud PTP BTPN

En. Zakri Yusof PTP PKG

Cik Siti Mariani Mohd Zain  FT 17

Unit ICT BTPN (1)

13. URUSETIA:

En. Abd. Manaf sulaiman

En. Syed Ali guru SK Pangkal Kala

14. METODOLOGI:

Syarahan

Tunjukcara

Perbengkelan

Sumbangsaran

15.  JADUAL

(seperti lampiran)

16. IMPLIKASI KEWANGAN

Perbelanjaan

(Majlis Perasmian)

Makan minum peserta 22 orang                                     22 x RM  5.00    =       RM110.00

Makan minum Pengetua/Guru Besar                             22 x RM 5.00     =      RM110.00

Urusetia dan fasilitator  10 orang                                      10 x RM 5.00      =    RM  50.00

VIP 10 orang                                                                         10x RM 10.00    =     RM100.00

Jumlah                =    RM 370.00

Makan  minum peserta  dan Fasilitator di hari pertama  di PKG

22 orang peserta dan 8  orang urusetia  dan fasilitator 30 x 5 x 1 hari    =   RM  150.00

Makan  minum peserta  dan Fasilitator di hari kedua di PKG

22 orang peserta dan 8 orang urusetia   dan fasilitator            30 x 7 x 1 hari =   RM210.00

Makan minum peserta di hari ketiga , keempat , kelima( fasal kedua)

22 orang peserta dan 8  orang urusetia                          30 x 7 x 3 hari   =          RM630.00

Jumlah besar                                                                                                     =  RM1360.00

Peralatan dan bahan

Kertas taip/cetak 26 rim                                                    ( RM8.00 X 5      =      RM40.00.00

Laminating film A 4  4 unit                                                RM 60.00 x 4      =    RM240.00

Double Sided tape  hitam/kuning 1 ¤ 2 inci                    RM 7.00 x 20       =     RM140.00

Polistrim compres(warna)20keping                                RM18.00 x 20     =      RM360.00

Dakwat warna BCI 24 C 4unit                                           RM50.00 x 4        =      RM200.00

Kertas A 4 warna  2rim (biru/kuning)                               RM12.00 x 2     =        RM24.00

Back Drop PKG dan  sek/tempat perasmian. 2 unit      RM200.00 x 2     =      RM400.00

Kain rentang 9 unit                                                             RM 150.00 x 9    =      RM1350.00

Tape video Mini DV 6 unit                                                 RM   20.00 x 6    =      RM120.00

Still foto /proses dan album(3 album)                              RM150.00 x 3     =      RM450.00

Jumlah besar                                                                                               RM3324

ANGGARAN PERBELANJAAN                    RM                           RM4684

Disediakan untuk permohonan oleh:

(Alias Yunus)

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG (ketua unit PKG)

Disemak oleh:

(En. Nik Mohd Rosli Mustpha)

Pemangku Ketua Unit

Pusat Kegiatan Guru

BTPN Kelantan


0 Responses to “PENGURUSAN KURIKULUM”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




HarGai MaSA

Calendar Islam

iINFO SEMASA PKG

9 DISEMBER 2009 & 30 DISEMBER 2009
Mesyuarat Penyelarasan Pemeriksaan SMK Kankong.

2 FEBRUARI 2010
Taklimat PJK oleh PPD kepada guru-guru Sek Men & Rendah.

7 FEBRUARI 2010
Mesyuarat Pengurusan Program untuk guru perpustakaan dan Media sekolah (GPMS) tahun 2010.

8 FEBRUARI 2010
Mesyuarat Pengurusan Program untuk guru GPB/ICT sekolah tahun 2010.

28 FEBRUARI 2010
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG 2010
bersama Guru Besar & Pengetua Sekolah kelompok

26 MEI 2010
Pengendalian Peralatan Pusat Kampus Astro

27 MEI 2010
Bengkel Pengurusan Makmal Komputer Di Era ICT

08 OGOS 2010
Taklimat Bengkel SSQS 2010

14 & 15 SEPTEMBER 2010
Taklimat Bengkel Fotografi 2010

04 OKTOBER 2010
Taklimat Bengkel I-Nilam 2010

Pengunjung

Archives Blog

Muat Turun Bahan

Jom Chat

Comments


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: